.

Salam,

Blog ini dihasilkan cetusan idea saya untuk menghidupkan kembali khazanah keluarga, dan saya sendiri merupakan generasi ke 13 Keraing Aji (Tok Tuan) iaitu salah seorang pembesar Bugis yang berhijrah ke Pahang dan telah menghidup dan memajukan semula kegiatan menenun di kalangan masyarakat tempatan.

Mewarisi bakat kesenian yang mengalir dalam tubuh saya dari ibu Noraziah Abd Kadir dan ibu saudara saya Sapora Hanum Abd Kadir, dan juga NortipahAbd Kadir yang telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Tenun Pahang Diraja bagi menghargai sumbangan beliau dalam mempertahankan seni warisan bangsa pada tahun 2006, menjadikan saya sorang pencinta seni tenunan. Saya kini bertugas sebagai tenaga pengajar di PusatLatihan Jangka Pendek Asas Tenunan dipertanggungjawabkan untuk melahirkan bakat2 baru dalam bidang tenunan ini.

Besar harapan saya agar khazanah ini tidak dilupakan, tidak hilang ditelan zaman. Sama2 lah kita menghidupakan kembali warisan yang hampir pupus dan dilupakan ini.

Natipah @ Nortipah Abd Kadir


Tenun Pahang Diraja antara tekstil keluaran tempatan yang sering mendapat perhatian. Kemahiran menenun ini dipercayai telah bertapak di negara ini sejak ratusan tahun lampau. Puan Nortipah Abdul Kadir yang dilahirkan pada 8 November 1944 di Pulau Keladi di antara tokoh tenunan Pahang yang disegani. Beliau merupakan generasi ke 12 Keraing Aji (Tok Tuan) iaitu salah seorang pembesar Bugis yang berhijrah ke Pahang dan telah menghidup dan memajukan semula kegiatan menenun di kalangan masyarakat tempatan. Sejak turun temurun keluarga penenun-penenun ini tinggal di sekitar Pulau Keladi, Benta, Jambu, Mukim Langgar dan Pekan.

Puan Nortipah memperoleh kemahiran menenun ini sejak zaman remaja lagi. Minat yang mendalam menyebabkan beliau mudah menerima segala yang diajarkan. Sehingga kini beliau merupakan satu-satunya pewaris tenun sutera Pahang yang masih aktif. Beliau juga mahir menenun kain limar iaitu sejenis kain tenun tradisional yang telah pupus dan juga membuat sulaman tekat gubah.

Kegigihan beliau yang tinggi dalam mempertahankan warisan tenunan ini mendapat perhatian dari Kerajaan Negeri Pahang. Sebuah pusat kraftangan telah didirikan di Pulau Keladi yang terletak 5 km dari Bandar Pekan, Bandar Diraja. Beliau diberi kepercayaan mengetuai kumpulan penenun yang menjalankan kegiatan mereka di pusat ini. Pusat kraftangan yang didirikan pada tahun 1980-an ini merupakan nadi tenunan yang terbesar di Pahang dan telah menyediakan peluang kepada penenun bekerja dan menjual hasil tenunan mereka.

Pada tahun 2006 beliau telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Tenun Pahang Diraja bagi menghargai sumbangan beliau dalam mempertahankan seni warisan bangsa.


No comments: